Cawangan Antarabangsa Pertama Dilmah Urban Estate di Buka di Kuala Lumpur


Kuala Lumpur, 10 November 2026
Syarikat teh keluarga ternama antarabangsa, Dilmah, yang sinonim dengan mutu teh tanpa kompromi, ketulenan teh asal tunggal (single-origin), serta amalan perdagangan beretika, secara rasminya membuka tirai Dilmah Urban Estate Malaysia di Kuala Lumpur.

Pelancaran ini menandakan cawangan antarabangsa pertama Dilmah di luar Sri Lanka selepas pembukaan sulungnya di Colombo, sekali gus memperkenalkan sebuah ruang santai gaya hidup moden yang mengadunkan warisan teh tradisi dengan pengalaman kulinari kontemporari.

Majlis pelancaran disempurnakan bersama oleh Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, TYT Dharshana M. Perera, dan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea, Dilhan C. Fernando. Turut hadir menyerikan majlis ialah Ahli Parlimen Seputeh merangkap mantan Menteri Industri Utama, YB Teresa Kok, serta Presiden Persatuan PKS Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng.

C Pusat Pengalaman Teh: Dari Ladang Terus ke Cawan
Dilmah Urban Estate tampil mentafsir semula budaya menikmati teh melalui gabungan elemen moden dan keunikan tanah asal teh (terroir). Merangkumi ruang menjamu selera, bar bancuhan teh, hab pembelajaran, dan ruang runcit, pusat ini menghidupkan perjalanan teh Ceylon melalui:

  • C Ketulenan Teh Ceylon Asal Tunggal : 100% dipetik dengan tangan daripada kawasan tanah tinggi, tengah, dan rendah Sri Lanka melalui kaedah ortodoks tradisi bagi memelihara profil rasa, keaslian, serta identiti tanah asalnya.
  • C Inovasi Gastronomi & Seni Bancuhan Teh : Menampilkan pilihan menu kulinari yang mengangkat teh ladang tunggal sebagai ramuan utama dan sumber inspirasi masakan; daripada seduhan teh panas artisan dan infusi dingin, sehinggalah sajian savori serta pencuci mulut beraroma teh.
  • C Seni Reka Biofilik Berinspirasikan Alam Semula Jadi : Suasana dalaman membawakan ketenangan ladang teh sebenar menerusi paduan kemasan kayu, batu semula jadi, dan bahan mampan dengan sentuhan moden, lantas membawa hening kabus tanah tinggi Ceylon ke tengah kesibukan Bangsar.
C Meraikan Hubungan Erat dan Perkongsian Warisan
Mengulas sempena pelancaran ini, Dilhan C. Fernando, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Dilmah Tea, berkongsi:
"Ketika mendiang ayah saya, Merrill J. Fernando, mengasaskan Dilmah pada tahun 1988, impian beliau adalah untuk membawakan teh terbaik terus dari kebun kami kepada pencinta teh dunia dengan penuh keikhlasan dan berpaksikan bakti kepada masyarakat. Pembukaan Dilmah Urban Estate antarabangsa yang pertama di Kuala Lumpur adalah langkah yang cukup bermakna bagi kami. Budaya kulinari Malaysia yang begitu kaya dan penghargaan rakyatnya terhadap kualiti menjadikan ibu kota ini pilihan paling tepat. Kami amat teruja untuk berkongsi keaslian, seni kraf, dan nilai kemanusiaan teh Ceylon bersama masyarakat Malaysia."

C Perniagaan Sebagai Khidmat Kemanusiaan: Secawan Budi
Berpegang teguh pada prinsip pengasas bahawa "perniagaan adalah wadah berbakti kepada insan," sekurang-kurangnya 15% keuntungan sebelum cukai Dilmah di peringkat global disalurkan terus kepada Yayasan Kebajikan MJF dan Dilmah Conservation. Setiap cawan teh yang dinikmati di Dilmah Urban Estate Bangsar menyumbang kepada pelbagai inisiatif Kebajikan; termasuk memperkasa golongan wanita dan kanak-kanak, menyokong kemudahan kesihatan serta pendidikan komuniti pemetik teh, dan memelihara ekosistem alam sekitar di Sri Lanka.

Dilmah Urban Estate Bangsar Village dibuka setiap hari kepada orang ramai mulai 10 November 2026.

– TAMAT –

C Mengenai Dilmah Urban Estate
Dilmah Urban Estate ialah konsep hospitaliti dan gaya hidup santai yang membawakan ketenangan, budaya, dan cita rasa ladang teh Ceylon terus ke ruang bandar metropolitan. Dirangka bagi meraikan cara baharu menikmati teh, setiap estet berfungsi sebagai ruang pelbagai dimensi—menggabungkan bancuhan teh artisan, butik runcit teh asal tunggal, sesi apresiasi teh interaktif, serta sajian gastronomi berasaskan teh. Konsep ini memulakan langkah globalnya di Colombo pada 2026, menetapkan penanda aras baharu bagi budaya teh moden sebelum melangkah ke peringkat antarabangsa bermula di Kuala Lumpur.

C Mengenai Dilmah Tea
Diasaskan pada tahun 1988 oleh Merrill J. Fernando, Dilmah merupakan pengeluar teh milik keluarga terulung dari Sri Lanka dan pelopor teh asal tunggal segar dari ladang. Mempertahankan kaedah pengeluaran ortodoks tradisi dan perdagangan terus, Dilmah mengamalkan model pembuat-kepada-pengguna dengan membungkus teh terus di negara asal bagi menjamin kesegaran dan kualiti mutlak. Berteraskan pegangan bahawa "perniagaan adalah wadah berbakti kepada insan," syarikat ini melabur semula secara langsung dalam pemerkasaan insan dan alam sekitar menerusi Yayasan Kebajikan MJF serta Dilmah Conservation. Hari ini, Dilmah dinikmati di lebih 100 negara dan diterajui oleh generasi kedua dan ketiga keluarga Fernando.

C Maklumat Media:
Tan Yong Keat | 017-243 7202

Opening in October 2026
Dilmah Urban Estate at Bangsar Village
1, Jalan Telawi 1, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur